fbpx

Seorang wanita dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri di dalam bilik sebuah hotel yang terletak di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, semalam.

Suami Serah Diri Lepas Bunuh Isteri

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan suspek yang merupakan suami kepada mangsa tiba di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang untuk menyerah diri.

Ketua Polis Perak iaitu Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan bahawa suspek yang berusia 36 tahun itu menyerahkan diri ke balai polis selepas melakukan jenayah tersebut.

“Ya, benar,” katanya ringkas.

Difahamkan, suspek memaklumkan bahawa dia telah membunuh isterinya di dalam bilik hotel tersebut dengan menggunakan sebilah pisau. Katanya, punca pembunuhan adalah disebabkan keretakan rumah tangga yang hampir membawa kepada penceraian.

Tular Laporan Pekerja Hotel

Sementara itu, tular satu laporan yang dipercayai daripada seorang anggota bertugas yang memaklumkan bahawa suspek telah membunuh isterinya di bilik bernombor 315 di hotel berkenaan.

Anggota bertugas itu kemudiannya telah mengarahkan anggota task force (preman) dan penyelia bertugas ke lokasi kejadian bagi mengesahkan maklumat tersebut.

Mohd Yusri dalam masa yang sama memaklumkan kenyataan media berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]