Putera Raja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, sering mencuri tumpuan rakyat menerusi gelagatnya yang mencuit hati.
Terbaharu, sebuah video yang memaparkan momen beliau ‘mengusik’ isterinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan, semasa sesi bergambar selepas Istiadat Malam Berinai mereka, telah menjadi tular di media sosial.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSj2StfKF/
https://vt.tiktok.com/ZSj2Arbpk/
“Aduh Anakku”
Video yang dimuat naik di TikTok tersebut menarik perhatian ramai apabila ia memperlihatkan sikap mesra dan santai Tengku Muhammad Iskandar bersama pasangannya.
Keakraban yang ditunjukkan oleh pasangan diraja ini ternyata menawan hati rakyat, yang rata-rata terhibur dengan telatah mereka. Di samping itu, kehadiran komen istimewa daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berbunyi, “Aduh Anakku!,” turut menambahkan keistimewaan pada video tersebut.
Komen-komen daripada rakyat di ruangan komen TikTok menggambarkan rasa kagum dan terhibur melihat sisi ceria Tengku Muhammad Iskandar yang gemar bergurau dengan isteri tercinta.
Video yang kini mencapai lebih 5 juta tontonan itu membuktikan bahawa kisah keluarga diraja Pahang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat, sekaligus mencerminkan hubungan mesra antara pasangan diraja dan rakyat jelata.
![]()
Kredit: TikTok cmspahang, tgamirul_