fbpx

Penyanyi Aiman Tino dimasukkan ke pusat perubatan di Johor sejak Sabtu lalu akibat demam denggi.

Selain demam panas sehingga mencecah 40 darjah celcius, Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 25, mengalami muntah-muntah sebelum disahkan menghidap demam denggi.

Demam sejak Rabu

Aiman memaklumkan telah ke Johor sedari Rabu namun telah demam dan berehat di hotel sepanjang Khamis dan Jumaat. Apabila menyambung kembali penggambaran pada Sabtu, dia mengalami muntah-muntah.

“Saya mula shooting Isnin lepas dan Rabu tu dah mula tak sihat terpaksa ambil cuti dua hari. Sabtu saya sambung kerja ingat dah betul-betul sihat tapi malam tu saya muntah empat kali.”

“Pergi hospital..Bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40 dan keputusan darah keluar doktor beritahu saya kena denggi,”

Dipantau isteri sepanjang di Johor

Penyanyi yang baru mendirikan rumah tangga itu beruntung kerana ditemani isterinya iaitu Che Syarah Haifah Che Isa, 24, sepanjang berada di Johor.

Meskipun rasa lebih bertenaga, keadaannya masih perlu di pantau kerana menurut doktor yang merawatnya jangkitan telah merebak ke hati. Oleh itu, dia masih perlu membuat pemeriksaan darah untuk pemantauan.

“Alhamdulillah keadaan saya semakin pulih, tapi kata doktor jangkitan dah merebak ke hati jadi doktor masih buat pemeriksaan darah untuk pemantauan.”

Aiman difahamkan telah beransur pulih dan berhasrat meneruskan komitmen kerja bagi tidak membebankan tenaga produksi yang lain.

“Cuma saya rasa lebih sihat dan tak macam awal-awal haritu. Kalau keadaan saya bertambah baik, mungkin sehari dua lagi boleh keluar hospital.”

“Saya sekarang memang fikir nak sambung kerja saja. Sepatutnya memang kami shooting direct sampai 30 haribulan,”jelasnya.

Sekadar info, Aiman Tino dan pasangannya, Syarah Haifa sah bergelar suami isteri pada 27 April 2023 di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo.

Sumber: mStar

[fbcomments]