Difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad sekali lagi memutuskan untuk mengurangkan tenaga kerjanya susulan kesan pandemik COVID-19.
Kenyataan ini dipetik dari Astro Awani yang dikeluarkan oleh sumber yang mendengar taklimat dari Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat.
Ratusan pekerja akan dibuang
Tambah sumber, tiada angka terperinci diberikan namun ia melibatkan beberapa ratus tenaga kerja AirAsia Berhad.

Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibuang, tiada angka terperinci buat masa ini.
Kriteria (siapa yang bakal dibuang) akan diberitahu nanti. Pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam.
Saya memohon maaf kepada tenaga kerja yang terlibat. Anda perlu kekal kuat dan kami akan terus menyokong anda dalam pelbagai cara.
Menyediakan bantuan asas
Walau bagaimanapun, difahamkan pihak Air Asia akan terus menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja yang terjejas.

Dari perspektif perniagaan, kami sudah mencuba sebaik mungkin sejak beberapa bulan lepas untuk mengurus syarikat.
Bagi pekerja yang tidak terlibat, usaha harus ditingkatkan dalam menjalankan tugas anda.Gaji anda juga tidak akan dipotong.
Proses pengecilan tenaga kerja itu akan berlaku menjelang hujung bulan ini. Beberapa ratus tenaga kerja juga akan ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih.