fbpx

Pernahkah anda terfikir untuk menikmati makanan yang mempunyai perisa ubat-ubatan? Mesti tidak bukan?

Namun itulah realitinya di Indonesia.

Sedia maklum, kebiasaannya paracetamol diambil ketika demam atau sakit kepala, tetapi kini paracetamol diperkenalkan dalam bentuk aiskrim. apabila satu perisa paracetamol dihasilkan menerusi menu pencuci mulut kegemaran ramai iaitu aiskrim.

Aiskrim tersebut terpapar tulisan Paracetamol HTP 500 miligram dengan paparan bawahnya tertulis 20 biji tablet, berkemungkinan bahan dan kuantiti tersebut digunakan dalam pembuatan aiskrim terbabit.

Perkongsian Foodfess kini tular di media sosial dan rata-rata warga maya yang melihat kiriman ini berasa teruja dan ingin tahu keunikan rasa sebenar aiskrim paracetamol itu.

Kalau aiskrim ini masuk ke pasaran Malaysia, korang nak cuba tak? Sure korang tak kan ada masa untuk sakit kepala 😀

[fbcomments]