Baru-baru ini tularnya sebuah video dimana seorang pengasuh taska telah mendera kanak-kanak lelaki dan kejadian tersebut telah mendapat perhatian umum. Tindakan kasar dengan menendang, memukul dan menarik rambut kanak-kanak yang berusia empat tahun itu telah membuatkan pihak ibu bapa mangsa rasa kesal dan geram terhadap pengasuh terbabit.

Ibu Bapa Mangsa Datang Bersemuka Dengan Pengasuh Yang Mendera

Semalam, ibu bapa kepada mangsa telah datang bersemuka dengan pengasuh yang mendera anak mereka. Selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan anaknya dilayan kasar, bapa kepada budak tersebut bertindak untuk melakukan perkara yang sama terhadap si pelaku iaitu menampar dan memukul muka pengasuh terbabit. Situasi mula tegang apabila bermulanya adegan perang mulut diantara si bapa dan pengasuh sebelum beliau bertindak mengangkat tangannya kepada beberapa petugas di sana termasuklah yang cuba untuk meleraikan pertengkaran.

Tiga Laporan Polis Telah Dibuat Daripada Tiga Pihak Terlibat

Berdasarkan laporan sumber yang dilihat dari Harian Metro, setakat ini polis mengesahkan suspek atau si pelaku yang dipercayai mendera kanak-kanak terbabit telah dikenakan tindakan reman selama seminggu. Terdapat tiga laporan polis secara berasingan daripada pihak ibu bapa, pengasuh dan pemilik taska juga sudah dibuat.

Lambat Lagi Boleh Sabar

Dalam pada itu, ibu kepada mangsa turut meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi terhadap anaknya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau menyatakan setiap ibu bapa pasti akan melakukan tindakan yang sama jika mengetahui anak mereka dilayan kasar dan buruk oleh seseorang yang diamanahkan sebagai penjaga harian.

Kredit: Harian Metro, Facebook Kistell Latsyrc

[fbcomments]