fbpx

Minum minuman keras boleh menyebabkan diri berkhayal hingga boleh terjadi ketidaksedaran diri. Kelmarin terjadinya satu tragedi di mana seorang anak sanggup membunuh bapanya yang dalam keadaan mabuk, dipercayai memukul bapanya selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Gambar Hiasan

Bapa Mati Ditempat Kejadian

Menurut sumber yang dipetik dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed memaklumkan kejadian berlaju pada jam 12.45 tengah malam tadi (kelmarin).

“Polis terima panggilan dari seorang lelaki mengatakan bapanya (mangsa) sudah tidak sedarkan diri di hadapan sebuah rumah di Taman D’Ambang Kota, Lukut, Port Dickson. Pembantu pegawai perubatan yang datang dari Klinik Kesihatan Bukit Pelandok mengesahkan kematian di tempat kejadian jam 1.15 pagi tadi dan mayat kemudiannya terus dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat”, jelasnya dalam satu kenyataan media kelmarin.

Dipercayai Gaduh Dan Dipukul Sebelum Maut

Hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian simati didapati mabuk.

“Mangsa dipercayai bergaduh serta dipukul oleh anak lelakinya (suspek) yang tidak berpuas hati kerana simati dipercayai mengeluarkan perkataan kesat dan membuat bising. Simati berumur 49 tahun adalah bapa kepada suspek yang berumur 26 tahun dan semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian sarinagn air kencing adalah negatif”, jelasnya.

Aidi Sham berkata, suspek ditangkap polis kelmarin jam 1.20 pagi di hadapan rumah Taman D’Ambang Kota, Lukut, Port Dickson.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Seremban dan reman dibenarkan selama lima hari bermula hari ini (semalam) sehingga 9 Ogos nanti”, ujarnya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]