fbpx

Akibat cemburu buta, seorang jururawat telah dibunuh oleh suami sendiri dengan menggunakan sebilah pisau yang dipercayai berlaku di sebuah kediaman terletak di Jalan Padang Nyu, pada Sabtu.

Mayat Ditemui Dalam Bilik Tidur Dalam Keadaan Ditutupi Dengan Selimut Tebal

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Arau iaitu Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi memaklumkan mayat wanita tersebut ditemui dalam bilik tidur kediaman mereka dengan keadaan berlumuran darah serta mayat diselubungi dengan selimut tebal selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada jam kira-kira 10 pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang jururawat ditikam dengan sebilah pisau pada bahagian dada kiri dengan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter yang dikesan pada mangsa.

“Kejadian tersebut berlaku pada jam 6 pagi dan suspek yang juga merupakan seorang pesara tentera berumur 38 tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu”, jelasnya kepada pihak Harian Metro.

Suspek Mempunyai Satu Rekod Jenayah Berkaitan Dadah

Menurut Ahmad Mohsin lagi, pihak polis turut menemukan sebilah pisau yang disimpan di dalam sebuah beg di bahagian dapur rumah mereka, dipercayai digunakan ketika kejadian tersebut. Siasatan awal mendapati suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi proses bedah siasat dan kes bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Info tambahan, pasangan ini meninggalkan dua anak lelaki di mana masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]