fbpx

Seorang lelaki ditahan polis selepas ditangkap menikam adik perempuan kandungnya sendiri sehingga meninggal dunia di Kampung Pilar, Desa Cikarang Kota, Cikarang Utara, Kabupaten Bekasi, Indonesia. Pembuhuhan kejam itu telah menggemparkan penduduk setempat sebelum suspek yang bernama Firman, 36, ditahan oleh pihak polis kerana membunuh Dewi Alias, 25 tahun.

Sering Diejek Sehingga Tercetusnya Rasa Berang Dan Sanggup Tikam Adik Sendiri

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Majoriti Official, Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Polis Twedi Aditya Bennyahdi memaklumkan bahawa motif pembunuhan yang dilakukan suspek adalah disebabkan suspek berasa sakit hati dan tersinggung dengan kata-kata mangsa yang dianggap menjatuhkan maruahnya.

Mangsa dikatakan sering mengejek Firman tidak berbuat apa-apa dan hanya makan dan tidur di rumah sahaja. “Firman menikam adiknya berkali-kali kerana tersinggung dengan kata-kata mangsa terhadapnya”, jelasnya.

Terlalu Emosi Sehingga Tikam Adik Guna Pisau Sampai Mati

Menurut Twedi lagi, suspek yang dikatakan sedang mengupas buah ketika kejadian berlaku terlalu beremosi sehingga memiliki niat untuk menikam adiknya sendiri dengan menggunakan pisau dapur. “Mangsa berkata, ‘awak dah besar, makan tidur sahaja’ itu yang mencetuskan pelaku untuk marah dan melakukan penderaan itu”, kata polis. Mangsa tidak sempat untuk melarikan diri kerana suspek bertindak untuk menikamnya secara berseloroh di beberapa bahagian badan mangsa.

Mangsa mengalami kesan tikaman di dada kanan, dada kiri, bawah ketiak kiri, tiga tikaman di bahu kiri, dua tikaman di pinggang kiri, dua tikaman di pinggul kiri, dan di kaki kiri. Disebabkan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta, Indonesia namun akhirnya disahkan meninggal dunia akibat tikaman di paru-paru.

Twedi berkata suspek itu ditahan oleh penduduk dan Unit Siasatan Jenayah lalu diserahkan kepada Polis Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia untuk siasatan lanjut. Barang-barang bukti yang dirampas adalah sebilah pisau dapur, sehelai baju bewarna coklat dan sejumlah pakaian milik mangsa.

Suspek itu disiasat mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah iaitu kesalahan membunuh secara niat dan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]