Seramai tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah taman perumahan dekat Langkap, Teluk Intan pada 5 April lepas.
Punca Cemburu, Mangsa Dikatakan Ganggu Isteri Orang
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak iaitu Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri memaklumkan bahawa semua individu berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberkas di beberapa lokasi berbeza sekitar Teluk Intan.
“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu mendapati seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga menghantar mangsa dan terus menghilangkan diri.
“Mereka berkata pergaduhan itu berpunca daripada cemburu, kerana mangsa dipercayai mengganggu isteri seorang suspek. Kami masih mencari seorang lagi suspek untuk membantu siasatan,” jelas Ahmad Adnan.
Giat Mengesan Seorang Lagi Suspek
Tambah Ahmad Adnan lagi, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula dari 6 hingga 12 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau turut memaklumkan pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan suspek dalam kes berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu (D.Tanabalan, 42,) diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Shahrul Shamsudin di talian 05-6233969 atau 017-9752668 dan mana-mana polis berhampiran,” ujarnya.
Kredit: Sinar Harian