Siapa sangka isu lauk “frozen” boleh menjadi suatu isu yang besar dalam sesebuah rumah tangga hingga menyebabkan pergaduhan. Walaupun ianya kedengaran remeh, namun hakikatnya kejadian sebegini banyak kali sudah terjadi dan benar-benar berlaku sehingga boleh memberi tekanan kepada para isteri di luar sana.
Suami Demand Tak Nak Lauk Yang Dipanaskan, Nak Lauk Yang Baru Dimasak Sahaja
Itulah satu perkongsian yang didedahkan oleh seorang peguam syarie di laman Facebook @Kheyr Hameed pada beberapa hari yang lalu. Dalam perkongsiannya itu, beliau menceritakan bahawa terdapat seorang wanita datang kepadanya untuk meluahkan masalah tentang sikap suami yang tidak suka dihidangkan dengan lauk perangat. Si suami itu demand untuk dihidang dengan makanan panas yang baru masak pada setiap hari tanpa memikirkan kesibukan harian si isteri.
Isteri Nangis Di Dapur Bersihkan Lauk Frozen Yang Dicampak Suami
Difahamkan lagi, setelah 6 tahun pernikahan pasangan tersebut, si isteri mula tertekan untuk melayan karenah suaminya disamping perlu menguruskan keperluan anak-anak. Disebabkan kesuntukan masa, si isteri cuba membuat makanan frozen untuk menjimatkan masa, namun si suami tidak suka dengan sikap sebegitu lalu beliau membuang kesemua makanan yang sudah dipanaskan ke lantai tanpa memikirkan perasaan si isteri.
Upah Sesiapa Dekat Dengan Rumah Untuk Bantu Siapkan Bahan Makanan
Meskipun si isteri cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelesaikan isu ini dengan lebih baik, namun si suami enggan hadir ke sesi kaunseling. Puan Kheyr Hameed kemudiannya mencadangkan agar pasangan ini mengupah pembantu harian bagi menyediakan bahan-bahan masakan setiap hari untuk memudahkan si isteri memasak lauk baharu untuk dihidang kepada suaminya itu.
Namun sehingga sekarang, difahamkan peguam tersebut sudah lost contact dengan si isteri dan tidak tahu tentang perkembangan terkini.
Kredit: Facebook Kheyr Hameed