Gara-gara memuat naik komen yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di laman Facebook berkenaan isu stoking, seorang lelaki di Sabah telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Mualaf Ditahan Polis
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Nur Zabetha di laman Facebook, ia memaparkan si pelaku yang bernama Ricky Shane Ca dilihat bersama polis susulan isu menghina agama Islam.
“Pantas tindakan PDRM menjalankan siasatan terhadap Ricky Shane Ca kerana tulisan menghina agama! Hebat. Tiada kompromi, tegas,” kata Nur Zabetha pada Ahad.
Nur Zabetha turut memaklumkan tiada kompromi dalam isu raja, agama dan kaum (3R) di Malaysia dan tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang berani menghina sentimen ini.
“Mula-mula saya ingat dia pakai akaun palsu kerana berani sungguh. Kalau pun dia benci, takkanlah tak bijak tak pikir panjang. Jenis yang membenci sehinga tak dapat kawal emosi. Isu 3R ini memang tiada kompromi. Tidak boleh hina bangsa dan agama orang lain. Saya teringat pada 2022, seorang lelaki Melayu berpakaian baju Melayu merosakkan hiasan Deepavali.
“Lelaki ini dipanggil polis untuk siasatan bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan individu seperti Ricky Shane Ca perlu diambil tindakan agar ianya tidak memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.
‘Saya mualaf, masih banyak perlu belajar’, Ricky Shane Ca mohon maaf hina Islam, dibawa ke balai selepas 6 jam dikepung bawah rumah di Sabah
Lelaki yang dikenali sebagai Ricky Shane Ca itu telah menulis satu hantaran komen yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama Islam.
👇🏼 pic.twitter.com/bzDlnLCcMW— Yon (@Amrlamnnn) March 17, 2024
Rumah Diserbu Orang Ramai
Akibat tindakan Ricky Shane yang memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam,orang ramai telah mengambil tindakan sendiri dengan menyerbu dan mengepung kediamannya selama hampir enam jam sebelum Ricky Shane dibawa ke balai polis berdekatan, semalam.
Dalam video tular yang dikongsikan diatas itu, kedengaran suara orang bercakap mengatakan bahawa dia tidak dapat menerima perbuatan lelaki itu walaupun individu terbabit meminta maaf.
Ricky Shane Ca Mohon Maaf Isu Stoking
Selepas komen yang dikirimnya itu mendapat kecaman hebat, Ricky tampil membuat permohonan maaf dan mengakui sebagai seorang mualaf yang baru dua tahun memeluk Islam, beliau masih perlu belajar banyak perkara berkaitan agama Islam agar ia tidak menyentuh mana-mana sensitiviti yang boleh mendatangkan kemarahan masyarakat Islam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan bahawa lelaki terbabit sudah dipanggil ke balai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
Kredit: FB Nur Zabetha, X Amrlamnnn