fbpx

Pelakon Wawa Zainal, 31 berhadapan detik cemas apabila mengalami degupan jantung luar biasa gara-gara mengambil minuman berkafein.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, berasa panik dan sesak nafas akibat menikmati teh Arab pada malam kelmarin.

“Saya buang stok-stok kopi. Seminggu dua ni saya tak boleh minum kafein saya terus macam gastrik, sebu.

“Tapi malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju.

“Saya cuba berdiri kaki badan tangan semua menggigil, susah nak bernafas. Macam tak jumpa nyawa dah masa tu Ya Allah panik sangat,” katanya di Instagram story kelmarin.

Suaminya, Aeril turul membantu apabila dia cuba menenangkan Wawa selama 2 jam itu.

Situasi tersebut membuatkan ibu empat cahaya mata itu serik dan akan cuba mengelak daripada mengambil minuman berkafein pada masa akan datang.

Ramai yang berkongsi mempunyai pengalaman yang sama dengan artis tersebut. Apa-apa pun, jaga kesihatan diri dan jangan ambil sesuatu secara berlebihan!

[fbcomments]