Seorang wanita dilaporkan telah dibedah untuk mengeluarkan 300 batu karang di dalam badannya akibat ketagih mengamalkan minum minuman ‘bubble tea’ berbanding air putih yang dipercayai berlaku di China.
![]()
300 Batu Karang Dikeluarkan
Menurut sumber Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu,20, telah dimasukkan ke Hospital Taiwan di bandar Tainan pada minggu lalu. Berdasarkan kenyataan dari Pusat Perubatan Chi Mei, pihak mereka memaklumkan bahawa wanita terbabit mengalami demam dan sakit di bahagian bawah punggungnya sebelum dimasukkan ke dalam hospital.
“Melalui imbasan ultrabunyi, doktor di jabatan kecemasan mendapati buah pinggang kanannya bengkak dengan ada cecair dan batu karang di dalamnya. Imbasan CT mendedahkan, batu karang itu berukuran kira-kira lima milimeter hingga dua sentimeter. Ujian darahnya menunjukkan bilangan sel darah putih yang tinggi,” jelas pihak hospital.
Hospital tersebut kemudiannya memaklumkan, doktor memberi pesakit wanita itu rawatan antibiotik untuk mengalirkan cecair dari buah pinggangnya dan melakukan pembedahan invasif minimum untuk membuang lebih 300 batu karang yang kelihatan seperti roti kukus kecil.
“Keadaan pesakit stabil selepas pembedahan dan dibenarkan keluar selepas beberapa hari pemerhatian doktor,” katanya.
Tak Suka Minum Air Putih
Mengulas lanjut, doktor turut mendedahkan bahawa Xiao Yu tidak suka minum air putih, sebaliknya beliau sering mengamalkan air teh bubble. Menurut Dr Lim Chye-yang iaitu pakar urologi yang melakukan pembedahan itu berkata, 9.6 peratus penduduk di Taiwan mungkin mengalami batu karang dalam hidup mereka dan golongan lelaki lebih tiga kali berkemungkinan berisiko mendapat batu karang berbanding wanita.
Penyebab lain batu karang termasuk faktor genetik, penyakit kronik, serta diet yang tinggi kalsium dan protein.
Kredit: Harian Metro