Mencantikkan diri adalah perkara yang paling disukai oleh kaum wanita kerana itu yang membuatkan diri mereka tampak lebih yakin untuk dipandang masyarakat. Namun, malang tidak berbau, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki dilaporkan maut selepas dipercayai menjalani prosedur membesarkan payudara pada 29 Julai yang lalu.

Isteri Tidak Sihat Selepas Jalani Prosedur

Menurut sumber yang dipetik dari Utusan, mangsa yang dikenali sebagai Tan difahamkan telah menjalani rawatan membesarkan payudaranya di sebuah kediaman yang terletak di sebuah rumah dua tingkat di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Berdasarkan laporan suami mangsa, isterinya mula berasa tidak sihat dan mengalami pening selepas pulang daripada menjalani prosedur tersebut.

“Dia mengadu sakit dan bengkak pada bahagian dadanya. Petang esoknya, isteri saya mengunjungi sebuah klinik sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 7 malam. Akibat sakit yang dialami, dia (isteri) dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 7 malam, 2 Ogos lalu”, jelasnya.

Mulanya Nak Buat Rawatan Muka Sahaja

Menurut suami kepada mangsa lagi, beliau mendedahkan pada awalnya isterinya hanya mahu mendapatkan rawatan kecantikan di bahagian muka sahaja iaitu dengan menjalani suntikan menarik benang muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang dan tidak berkedut. Namun, isterinya mendapat maklumat mengenai premis tidak berlesen terbabit daripada seorang rakannya dan beliau juga tidak tahu dan dimaklumkan mengenai ‘pengoperasian secara haram’. Malah, mereka turut meyakinkan mangsa untuk mendapatkan dan menjalani prosedur membesarkan payudaranya.

“Sebelum itu, kami tidak pernah dimaklumkan bahawa beautician yang memberikan perkhidmatan rawatan berkenaan tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram. Jadi apabila individu tersebut meyakinkan isteri saya untuk menjalani prosedur membesarkan payudara, dia bersetuju untuk melakukannya walaupun sedikit bimbang dengan perkara itu”, ujar suaminya lagi.

Premis Enggan Terima Bayaran

Difahamkan lagi, pusat kecantikan terbabit tidak meminta sebarang bayaran mengenai prosedur yang dijalankan selepas mendapat tahu mangsa mengalami sakit di dada pada keesokan harinya, iaitu pada 31 Julai. Doktor juga mengesahkan bahawa sakit yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan ubat bius yang digunakan secara berlebihan.

“Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Ditemani seorang rakan, dia pergi klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan”, katanya.

Suami mangsa berkata lagi bahawa isterinya dikatakan tidak perlu membayar selepas mendapatkan perkhidmatan suntikan tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian itu. Upacara pengebumian mangsa di Wisma Tiong Hua, dekat sini pada Ahad lalu.

Kredit: Utusan, BH Online

[fbcomments]