Sepasang suami isteri di Indonesia membuat laporan polis tentang kehilangan anak mereka iaitu Muhammad Daffa yang baru sahaja berusia 12 hari pada 12 November lalu.

Rupanya Tidak Hilang

Berdasarkan sumber dari Tribune News, difahamkan ketika kejadian anak mereka Daffa terjaga pada jam 12 tengah malam kerana terkejut mendengar bunyi anjing yang menyalak dan secara kebetulan, bayi mereka juga telah membuang air besar.

Menyedari perkara tersebut, ibu bayi yang bernama Alika lantas bangun menukar lampin dan memberikan susu badan sebelum menyambung lena di malam hari. Tidak lama kemudian, Alika dikejutkan oleh suaminya yang menyedari tentang kehilangan anak mereka yang tiada di tempat tidur.

Mereka kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada polis. Namun hasil siasatan yang dibuat mendapati anak mereka yang hilang itu adalah rekaan yang dibuat Alika semata-mata.

Stress Jaga Anak Seorang Diri

Selepas Alika disiasat polis, akhirnya beliau mengaku bahawa dia telah menyerahkan bayinya itu kepada saudaranya untuk dijadikan anak angkat tanpa izin dari suaminya. Alika memberitahu dia berasa tidak mampu untuk menjaga anaknya seorang diri tanpa dibantu suami, ditambah pula dengan tekanan ketika dalam proses berpantang.

“Saya tertekan di rumah kerana depresi, baby blues (perasaan sedih ada awal berpantang) serta mahu membantu suami menguruskan kewangan keluarga. Saya berbuat demikian kerana takut anak kami terkena tempiasnya maka saya menyerahkan kepada saudara saya yang kebetulan masih belum mempunyai anak”, jelasnya.

Sementara itu, pihak polis melaporkan anaknya Daffa telah dipulangkan semula ke pangkuan keluarga asal selepas saudara mereka mula risau apabila mengetahui kehilangan bayi tersebut disabitkan sebagai kesalahan jenayah menculik. Pihak polis juga telah memanggil beberapa orang saksi termasuk Alika bagi membantu siasatan.

Kredit: Tribune News

[fbcomments]