Akibat kekurangan baki dalam kad tambah nilai Touch ‘n Go (TnG), seorang pemandu kereta jenis Honda bertindak mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap seorang jurutol yang sedang bertugas dalam kejadian di Tol Segambut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) baru-baru ini.
Tolong cari info jap owner BJW 9268. Kau sound adik aku kn? meh aku nk jumpa. adik aku tak pandai.Aku pandai.meh sini aku nk ajak minum kopi segelas dua. Duk area kepong / manjalara / segambut je ni sbb kau lalu tol duke segambut. kau tak ckup duit nk bayar tol jgn nk buat kecoh pic.twitter.com/ucBUz74Wje
— Azfa (@AzfaMierul) April 22, 2024
Kad Tambah Nilai Tak Cukup Baki, Pemandu Hina Jurutol
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @AzfaMierul di laman X, difahamkan mangsa adalah adik kepada individu yang memuat naik perihal ini dan kejadian tersebut dirakam sendiri oleh jurutol berkenaan.
Menurutnya, kejadian bermula apabila baki nilai TnG pemandu Honda terbabit tidak mencukupi di mana baki yang tinggal hanyalah RM1.50 sewaktu melalui Tol Segambut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Abang kepada jurutol berkenaan turut memuat naik rakaman perbualan di aplikasi Whatsapp yang mengatakan pemandu Honda berkenaan terpaksa menambah nilai TnG miliknya menggunakan wang tunai selepas memberitahu kad banknya rosak dan tidak membawa kad pengenalan bersamanya.
Ni full story adik aku. Kau nk marah sbb sistem tol. Aku okay je. Tapi kau merendahkan pekerjaan orang, aku panas lah dngar. pic.twitter.com/qiXwjFt7o2
— Azfa (@AzfaMierul) April 22, 2024
Keluarkan Kata-Kata Kurang Sopan Sebelum Palang Dibuka
Sementara itu, berdasarkan rakaman suara yang dikongsikan, pemandu terbabit dikatakan turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap jurutol sebelum dia pergi apabila palang tol dibuka.
“Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bod*h lah kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak kerja tol lah,” kata hinaan yang dihamburkan oleh pemandu terbabit.
Hantaran video tersebut telah mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta mangsa untuk membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan. Namun mangsa sudah pun membuat laporan polis terlebih dahulu dan kini mereka menunggu pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Kredit: X AzfaMierul