Hanya disebabkan menegur anak muridnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah, seorang guru terpaksa menanggung keperitan dan kesakitan apabila dirinya disihir oleh ibu pelajar berkenaan asbab tidak berpuas hati.

@rohfaperawatarsyifa

TEMUI SAYA DI TEMERLOH PADA SABTU 14/OCT/2023. #sihir #santau #saka #anxiety #depression #gangguanjin #dawai #temerloh #kuantan #rompinpahang #rawatanislam #rawatanarsyifaalmustaqim #fypシ #racuntiktok #beranda

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Lumpuh Separuh Badan

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @rohfaperawatsyifa di laman TikTok, ia memaparkan seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang guru sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam berkenaan. Difahamkan, akibat dari kesan perbuatan sihir tersebut, guru terbabit mengalami kesan yang teruk seperti hilang daya ingatan dan lumpuh separuh badan.

“Ibu tak puas hati anak ditegur guru kerana tak siapkan kerja sekolah. Guru disihir sehingga lumpuh separuh badan dan hilang daya ingatan. Bukan senang menjadi tenaga pengajar. Silap sikit dimaki, dimarahi ibu bapa pelajar dan sampai disihir. Allahuakbar”, penjelasan dalam video tersebut.

Hilang Semangat Untuk Mengajar, Kadang Nampak Kelibat Pocong Dalam Rumah

Bukan itu sahaja, malah guru tersebut juga dikatakan sudah hilang semangat untuk mengajar. Bahkan beliau pernah bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri pada setiap malam.

“Disihir sampai hilang semangat untuk mengajar di sekolah dan tubuh badan kerap sakit kerana ada lebam. Fikirannya sentiasa jadi blur sampaikan dah tak tahu nak buat kerja dan sering dengar suara ‘aku akan seksa kau’. Bila malam pula asyik mengamuk, meracau dan kadang-kadang sampai ambil pisau nak tikam diri sendiri”, jelasnya lagi.

Tidak henti di situ, malah guru ini turut mengalami gangguan mistik dimana beliau sering ternampak kelibat pocong dan rumahnya berbau busuk.

“Mangsa juga sering nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu ada bau busuk. Selepas waktu Asar, badan mangsa akan menggigil dan kesejukan, selain badannya mengeras macam kena ikat. Tak cukup dengan itu, mangsa akan sesak nafas dan batuk tak berhenti. Ada masa sampai keluar ketulan darah. Dalam perut sakit macam kena hiris dengan pisau dan mengeras. Malam memang tak boleh nak tidur”, tulisnya di akhir hantaran tersebut.

Kalau Ibu Bapa Tak Hormat, Anak Apatah Lagi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh ibu pelajar terbabit yang sanggup menyihir guru yang mengajar anaknya di sekolah. Jika ibu bapa tidak mempunyai hormat terhadap orang lain, apatah lagi anak-anak mereka ini di masa hadapan kelak.

Kredit: TikTok rohfaperawatsyifa

[fbcomments]