Semalam tular satu berita berkenaan seorang pelajar dikasari oleh rakan sekelasnya apabila beliau ditendang di bahagian kepala sampai lumpuh akibat menegur rakannya sebar video lucah.
Ibu kepada pelajar terbabit telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap kelakuan yang dikenakan oleh anaknya itu.

Dapat Panggilan Dari Warden Anak Tiba-Tiba Lumpuh
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook oleh ibu kepada pelajar ini iaitu melalui akaun @Malik ElFikry, ibunya meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap keganasan yang berlaku keatas anaknya itu.
“Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling ditakutkan. Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya”, jelasnya.
Ibunya mendapat berita mengenai anaknya ditendang disekolah hanya kerana menegur rakannya menyebarkan video lucah menerusi kumpulan Whatsapp sekolah.

Tendangan Kuat Di Kepala
Anaknya yang bernama Malik Elfikry itu merupakan ketua kelas di sekolah, dan akibat menegur perbuatan kawannya itu, beliau disepak secara curi di bahagian kepala dan bahagian belakang sekaligus telah mengakibatkan anaknya mengalami kelumpuhan.
“Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi). Mujur Allah pelihara fikry, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama”, luahnya lagi.
Sudah Buat Laporan Polis
“Update terkini, fikry sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman”, tulisnya di barisan ayat terakhir. Wanita itu juga meminta agar kesemua yang melihat hantaran tersebut mendoakan kesejahteraan anaknya daripada segala mudarat.
Laporan polis telah dibuat bagi isu yang dilakukan ke atas anaknya.
Kredit: FB Malik Elfikry