Ubat-ubatan dari farmasi mahupun hospital masing-masing mempunyai tarikh luput mereka tersendiri, seperti makanan dan minuman juga. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia juga melarang untuk menyimpan dan memakan ubat yang sudah rosak, hilang label serta tamat tempoh.
Termakan Ubat Tamat Tempoh
Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang wanita yang secara tidak sengaja terberi anaknya makan ubat yang sudah tamat tempoh dan ianya telah memberi kesan yang amat menggerunkan. Difahamkan, wanita berkenaan menyatakan situasi cemas bermula selepas anaknya pulang dari sekolah dan mengadu demam.
“Dia ni jenis susah makan ubat. Memang stress, tapi dia makan juga bila dipaksa”, jelasnya.
Namun anaknya mula mengadu sakit dada dan berasa mual selepas mengambil ubat yang diberi ibunya sebentar tadi.
Tiba-Tiba Anak Batuk, Pengsan Dan Mulut Berbuih
Setelah beberapa minit mengambil ubat tersebut, anak wanita berkenaan mula menjerit kesakitan dan dilihat mulutnya sudah membengkak dan muka dipenuhi ruam.
“Dia lembik, tak larat, dan terus tumbang. Saya angkat dia ke katil dan terus muntah banyak. Lepas tu dia batuk dan mulut berbuih. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia..tapi dia tak sedar, pengsan”, katanya lagi.
Difahamkan lagi, wanita tersebut bersama suaminya terus bergegas ke bahagian kecemasan hospital dan mendapati oksigen anaknya telah turun. “Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Selepas kakak sedar, terus minta maaf sebab tak percaya dia sakit masa tu” luahnya.
Pentingnya Untuk Check Tarikh Luput Ubat-Ubatan
Mengulas lanjut, wanita tersebut memaklumkan bahawa anaknya sudah pulih dan telah membuang segala ubat-ubatan yang tamat tempoh. Katanya, perkongsian yang dimuatnaik olehnya itu adalah untuk memberi peringatan kepada semua supaya melihat tarikh luput ubat sebelum mengambilnya.
Kredit: TikTok msrs3010