Menjadi seorang ibu bukanlah tugas yang mudah kerana ia sangat mengganggu mental dan emosi apabila gagal mengawalnya, terutama jika menjaga anak-anak yang masih kecil. Inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai @roseanneelly di TikTok yang berkongsikan rasa sedih dan penat apabila bergelar ibu kepada dua anak kecil.

@roseanneelly

Masa ni betul² tidak boleh kawal mau menangis mungkin sebab terlalu penat sampai tidak fikir kesihatan diri sendiri , lebih mengutamakan kesihatan anak² saya. #anxiety #fyp

♬ original sound – Ladaputih 🥵 – Ladaputih 🥵

Menangis Sebab Terlalu Penat

Berdasarkan video yang dimuat naik itu, wanita tersebut kelihatan sedang menangis kerana tidak dapat menahan rasa sedih disebabkan terlalu penat sampai tidak memikirkan kesihatan diri sendiri dan hanya mengutamakan kesihatan anak-anaknya.

“Masa ni betul-betul tidak boleh kawal mahu menangis mungkin sebab terlalu penat sampai tidak fikir kesihatan diri sendiri, lebih mengutamakan kesihatan anak-anak” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Anak Sulung Tatap Muka Ibu Yang Sedang Menangis

Semasa wanita tersebut menitiskan air mata, anak sulungnya yang masih kecil tampil di depan mata ibunya dan hanya menyaksikan dengan muka yang penuh kerisauan dan lantas memeluk ibunya. Sambil wanita itu menangis, sambil itu jugalah beliau mendodoikan anak kedua dalam buaian.

Menangis Lah Sepuasnya…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadan diri wanita tersebut dan mereka juga faham akan perasaan sebegini, tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Kredit: TikTok roseanneelly

[fbcomments]