fbpx

Akibat tersilap langkah kerana berkolaborasi dengan jenama yang memberikan sokongan kepada Israel iaitu Adidas, rakyat Malaysia mula menunjukkan solidariti mereka terhadap Palestin dengan memboikot sebuah jenama kopi lokal milik Malaysia, Zus Coffee.

Zus Coffee Mohon Maaf, Harap Tidak Diboikot

Walaupun pihak Zus Coffee sudah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berulang kali, tindakan tersebut tetap tidak diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia. Sebilangan besar netizen menyifatkan jenama kopi tersebut tidak ikhlas kerana hanya meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan tanpa menyentuh langsung isu “genocide” Israel terhadap Palestin. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat yang prihatin terhadap situasi di Palestin.

Jenama kopi tersebut juga dikritik kerana didakwa tidak membuat kajian yang teliti sebelum berkolaborasi dengan produk yang menyokong Israel. Mereka dianggap lalai kerana tidak melakukan penyelidikan yang mendalam terlebih dahulu, yang akhirnya membawa kepada kolaborasi yang mencetuskan kemarahan ramai.

Akibat daripada isu ini, ramai warganet menyatakan bahawa mereka akan memboikot Zus Coffee. Mereka bukan sahaja kecewa dengan kolaborasi tersebut, tetapi juga dengan permohonan maaf yang dianggap tidak ikhlas dan tidak menyeluruh. Tindakan ini menunjukkan betapa pentingnya sensitiviti terhadap isu-isu global dan bagaimana tindakan syarikat boleh memberi kesan besar terhadap imej dan sokongan pelanggan.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh jenama kopi berkenaan, sekaligus meletakkan mereka dalam senarai “blockout 2024” yang dibuat oleh netizen sendiri, dimana ianya adalah mana-mana golongan (artis atau jenama) yang menyokong atau memakai produk Israel perlu diboikot serta merta.

Kredit: X zuscoffee

[fbcomments]