Ketua Pergerakan UMNO Malaysia iaitu Dr Akmal Saleh baru-baru dilihat mengamuk di sebuah sekolah agama yang terletak di Melaka selepas mengetahui para pelajar di sekolah terbabit terpaksa belajar tanpa kelengkapan lengkap seperti kerusi dan meja dan ia telah dibiarkan selama setahun.

@drakmalsaleh

Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

Akmal Saleh Mengamuk Murid Belajar Tanpa Kerusi Dan Meja Belajar Sepatutnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @drakmalsaleh di laman TikTok, difahamkan Akmal diberitahu bahawa sudah setahun kelengkapan belajar murid-murid di sekolah berkenaan tidak disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Beliau menjelaskan peruntukan fasiliti di sekolah terbabit sudah diluluskan sejak Disember lalu, namun sehingga Mei 2024 kesemua pelajar masih tidak mendapat keperluan kerusi dan meja.

“Setahu saya peruntukan sudah dapat Disember tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” katanya.

“Balik Kalau Tak Boleh Berkhidmat Di Melaka!”

Selepas mendengar keterangan daripada ustaz berkenaan, Akmal kemudiannya menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka iaitu Datuk Salhah Salleh bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.

Berdasarkan perbualan mereka, Salhah menafikan bahawa terdapat kelewatan dalam meluluskan peruntukan di semua sekolah negeri berkenaan.

“Birokrasi JAIM yang melambatkan kerja.Kalau tak boleh tak apa saya bawa Exco, kita rombak semula JAIM. Tiada masalah semua ni, peruntukan sudah ada, tidak mengapa saya yang beli kelengkapan ini. Kalau ustaz tak nak berkhidmat lagi balik, kalau tak boleh bekerja di Melaka, balik,” tegasnya.

Kredit: TikTok drakmalsaleh

[fbcomments]