Barisan aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas selesai menjalani proses dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan di Istanbul, Turkiye.

Usaha membawa pulang kumpulan ini dilaksanakan dengan kerjasama rapat Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal serta Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Amiri Bakar yang memastikan segala urusan berjalan lancar.

@buletintv3

23 wira dan wirawati negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini dalam perjalanan pulang dari Turkiye ke tanah air. Sumber: Cinta Salam Malaysia #BuletinTV3 #GSF #Flotila #Sumud #GlobalSumudFlotilla #Gaza #FreePalestine

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Aktivis Global Sumud Flotilla Dalam Perjalanan Pulang, Semangat Patriotik Bergema Dalam Bas

Dalam pada itu, sebuah video yang tular di media sosial menarik perhatian ramai apabila aktivis-aktivis tersebut dirakam menyanyikan lagu patriotik Inilah Barisan Kita di dalam sebuah bas, sebelum disusuli dengan laungan takbir. Walaupun jelas kelihatan kepenatan, semangat mereka tetap membara, seolah-olah menggambarkan keteguhan jiwa selepas menempuh pelbagai dugaan sepanjang misi kemanusiaan berkenaan.

Video berkenaan turut dimuat naik di akaun Instagram Cinta Salam Malaysia dengan kapsyen penuh semangat:

“Kami pasti akan kembali untuk berjuang lagi. Pasti!”

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan bangga dengan keberanian para aktivis selain mendoakan perjalanan mereka ke Malaysia selamat hingga ke destinasi.

Difahamkan, rombongan aktivis GSF dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.45 malam, 7 Oktober.

Kredit: Instagram Cinta Salam Malaysia, TikTok Buletin TV3

 

 

[fbcomments]