Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman Facebook mengenai seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Adly Hadi berusia lapan tahun mengalami kecederaan ketika bersunat.
Difahamkan kanak-kanak tersebut bersunat di klinik swasta Manjung, Perak.

Menggunakan teknik clamp
Menurut kenyataan, doktor berkenaan telah mencadangkan untuk menggunakan teknik ‘clamp’. Namun begitu sebaik pulang dari klinik, ibu bapa Adly menyedari zakar anaknya itu sangat pendek.
Pada mulanya mereka menganggap itu sebagai satu keadaan biasa apabila menjalani teknik tersebut. Namun kerana rasa sesuatu yang tidak kena, ibu bapa Adly bawa semula anaknya ke klinik tersebut kerana alat sulit anaknya masih bengkak tak surut.
Terpaksa jalani pembedahan plastik
Doktor hanya beritahu itu perkara biasa dan suruh ambil ubat bengkak sahaja tanpa sedikit pun melihat keadaan zakar Adly terlebih dahulu.
Selepas itu bermulalah episod hitam buat Adly sehingga sekarang. Dia masih dalam keadaan trauma kerana menanggung sakit berkali-kali ganda selepas bersunat berikutan kelalaian doktor tersebut.

Sehinggakan alat sulit Adly mengeluarkan gumpalan darah beku yang banyak dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan plastik.
Seksalah Adly macam ni bu…
Terbaru, ibunya ada memuat naik perkembangan Adly menerusi sebuah posting bergambar di laman Facebook miliknya dengan menulis luahan hati Adly di ruangan kapsyen.

“Tak nak lah ibu hari-hari makan ubat. Tak lalu la… Ibu, adly nk tanya ni, semua org wajib sunat ke?“soal Adly.
“Ye Adly, semua orang Islam wajib bersunat… Sunat ni salah satu untuk kesihatan juga… Dan….” ibunya menjawab.
Belum sempat ibunya menghabiskan ayat, Adly terus memintas jawapan ibunya.
“Apa, untuk kesihatan… Sihat apa macam ni… Adly lagi sakit teruk adalah… Lepas ni Adly tak nak dah bersunat… Seksa la Adly macam ni” balas Adly.

Jelas ibunya, dia berasa sedih dan tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan tentang kejadian itu kepada Adly.
Kesiannya.. Semoga adik Adly cepat sembuh dan kuat menghadapi segala ujian dan dugaan ni.
Sumber: Facebook Dhia Wafiy Hadi