Persengketaan antara Ali Puteh dan kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali menjadi semakin hangat apabila Ali memberitahu rumah milik arwah ibunya bakal disita.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali, 34 berkata arahan itu dikeluarkan susulan kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM 60, 000 kepada balu Allahyarham Abam itu.
Ali jelas terkejut dan kecewa kerana kemelut antara dia dan Hidayah telah mengaitkan rumah peninggalan arwah ibunya.
Kata Ali, 34, dia tetap berusaha melunaskan bayaran tersebut meskipun pendapatannya sebagai anak seni terjejas akibat isu ini.
“Kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya? Masalah itu antara saya dengan balu arwah Abam.
Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat (mahkamah) pun baru sampai. Lagipun, bukannya saya nak menolak membayar RM60,000,
Saya akan cuba membayarnya juga. Cuma, tak bolehlah nak bayar sekali gus sebab saya ada tanggungan keluarga. Kerjaya saya pun dah tak ada langsung dan mungkin akan bayar secara ansuran.”
Ali menganggap tindakan tersebut tidak wajar dan pelik mengapa rumah arwah ibunya dijadikan sebagai cagaran dan dicampur aduk dalam kes ini.
Bekas peguam terangkan situasi dalam bahasa mudah
Seorang bekas peguam, Reina Lum telah menerangkan secara mudah situasi tersebut di Platform TikTok.
Menurut Reina, secara perundangannya, rumah milik arwah ibu Abam kini telah menjadi milik Ali Puteh dan ia telah menjadi future income kepada pelawak berkenaan.
“Legally orang yang dah meninggal tak boleh miliki property. Jadi rumahnya itu mengikut hukum faraid menjadi future income Ali Puteh.
“So legally rumah itu dia punya bukan mak dia sebab mak dia tiada lagi di bumi ini. So Reina explain logik mahkamah ye. Pertama sekali, ia lagi mudah untuk ambil future income dari mengambil harta yang ada pada individu tersebut.
“Daripada ambil personal loan atau jual kereta atau apa-apa harta yang you ada untuk bayar balik hutang itu, baik you ambil harta yang akan datang kepada you pada masa hadapan.
“You tak rasa pun macam you dah bayar. Faham tak logik dia?” jelasnya.
@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang ♬ original sound – Reina Lum
Sekadar info, Disember lalu, Ali gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan dirinya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.
Kredit: Melodi, TikTok @reinalum