Pemergian Alif Satar menunaikan umrah telah diketahui umum melalui perkongsiannya di Instagram sebelum ini. Namun, apa yang lebih menggembirakan untuk pemuda tersebut ialah Alif, 32 dapat berjumpa dengan dua tokoh agamawan yang sangat dihormati.

Bersua muka dengan Mufti Menk seperti sebuah keajaiban

Kongsi pengacara dan pelakon lelaki itu, Alif berpeluang berjumpa Ismail Ibn Musa Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk, dan bergambar dengan agamawan tersebut.

Kata Alif “Saya sedang menonton IG live beliau dan terus masuk ke masjid untuk mencari beliau. Saya tahu amat sukar untuk mencari di dalam lautan manusia. Saya siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak? Dia pun tak tahu”

“Dalam hati saya berkata Insya Allah kalau ada rezeki saya, Allah akan tunaikan. Kemudian dia muncul dan solat di sebelah saya. Allahuakbar,” katanya lagi.

Alif mengakui dia berasa beruntung dapat berjumpa seseorang yang telah banyak memberi semangat kepadanya sewaktu memalui fasa sukar dalam hidup.

“Sukacita saya dapat bertemu dengan tuan secari peribadi.. terima kasih atas semua video yang anda kongsi, membantu saya melalui masa sukar, ” tulis Alif dalam kirimannya di Instagram.

Sumber: Instagram @alifsatar

Jika niat baik akan dimakbulkan

Dalam kiriman instagramnya yang lain, Muhammad Alif Mohd Satar juga berjumpa dengan salah seorang daripada sembilan imam di Masjidil Haram iaitu Abdul Rahman Al-Sudais.

“Alhamdulillah tadi kami solat Maghrib, kami berjalan-jalan dan niat dalam hati bagi kami peluang jumpa orang hebat. Sekali Abdul Rahman Al-Sudais lalu di belakang saf kami”

“Tuhan nak beritahu dekat tempat dia kalau niat benda baik akan dimakbukan, Insya Allah,” ujarnya.

“Hari ini rezeki kami di Masjid Nabi. Terserempak dengan Imam Masjidil Haram. Tapi itulah… rugi tak belajar Bahasa Arab. Sempat rekod audio nak tanya ustaz esok”

Sumber: Instagram @alifsatar

Alif menunaikan ibadah umrah bersama rakan-rakan juga kumpulannya iaitu The Locos.

Sumber: Instagram @alifsatar

[fbcomments]