Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mendedahkan sebuah kejadian mengejutkan apabila mendakwa salah satu rumah miliknya di kampung telah diceroboh dan digunakan bagi tujuan tidak bermoral.

Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DL30uUZv0Au/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Rumah Aliff Syukri Didakwa Diceroboh, Individu Jadikan Rumah Sebagai Sarang Maksiat
Perkara itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya menunjukkan beliau bersama isteri, Datin Seri Shahida berada di lokasi kejadian.
Menurut Aliff, beliau tidak menyangka rumah tersebut telah dimasuki secara haram oleh sekumpulan individu dan dipercayai dijadikan sarang maksiat melibatkan seorang wanita bersama beberapa lelaki.

Dalam video tersebut, pasangan itu dilihat meninjau keadaan dalam rumah terbabit sebelum berdepan secara langsung dengan seorang wanita yang didakwa warga asing dan dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran.
“Dia jual diri ni. Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Kenapa masuk rumah orang pakai baju seksi macam ni? Jangan sampai aku lepuk muka kau,” katanya.

Video berkenaan mendapat perhatian meluas di media sosial dengan rata-rata netizen terkejut dan mengecam tindakan individu yang menceroboh kediaman tersebut tanpa kebenaran pemilik.
Netizen turut menasihati usahawan itu agar segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan secara sah dan menyeluruh.
Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris
 
  
  
  
 