fbpx

Luluh hati seorang ibu apabila melihat jasad anaknya terbujur kaku selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjong Minyak, Bukit Rambai, Melaka pada awal pagi Selasa.

Ibu Gagal Kawal Emosi Anak Pergi Sehari Sebelum Raya

Menerusi video yang kian tular dia media sosial, ia dapat dilihat seorang wanita serta beberapa individu lain, dipercayai ahli keluarga mangsa menjerit memanggil nama mangsa yang berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.

Wanita yang dipercayai ibu mangsa bagaimanapun dilihat gagal menahan emosi sebaik membuka kain yang menutupi mayat dan mendapati anaknya telah meninggal dunia sehari sebelum menjelangnya raya.

Maut Ditempat Kejadian Akibat Cedera Parah Di Kepala

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Christopher Patit, beliau memaklumkan bahawa mangsa yang bernama Muhammad Amin Fakhrullah Mohd Faiez, 19, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai dalam dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Bukit Rambai ke Tanjong Minyak.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City dipandu pelajar universiti berusia 22 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan mangsa,” jelasnya.

Tambahnya lagi, siasatan kemalangan masih dijalankan dan pihak polis telah mengambil sampel darah pemandu terlibat untuk ujian toksikologi.

“Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]