Dikala sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk sahaja dirumah tanpa ada sumber pendapatan hingga menyebabkan mereka kekurangan bekalan makanan, masih ada insan yang bermurah hati meringankan beban orang lain.


Sumbangan ketika Covid-19

Namun, menerusi Facebook, seorang wanita telah membuat kebaikan dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada sesiapa yang memerlukan.

Cara mendapatkannya mudah sahaja iaitu dengan datang ke rumahnya dan ambil sahaja beg yang berisi bekalan makanan tanpa sebarang prosedur.

Alhamdulillah… Bantuan untok golongan yg terjejas pendapatan.. tidak dpt bekerja kerana dinasihatkan tanpa gaji, Boleh la memohon.. untok dptkan barangan keperluan dapur ,,

Posted by Zulaikha Mahar on Ahad, 22 Mac 2020

Ambil je tak perlu bagitahu

Dikenali sebagai Datin Zulaikha Mahar, wanita tersebut telah meminta agar sesiapa yang berhajat memerlukan barangan keperluan hanya perlu ambil sendiri di halaman rumahnya tanpa perlu memaklumkan kepadanya langsung.



Alamat rumah beliau ialah No 9 Jalan Dahlia, Pasir Gudang. Tapi difahamkan sejak Covid semakin mengganas ni, beliau terus buat penghantaran rumah ke rumah bagi siapa yang memerlukan bantuan. Korang boleh PM beliau sendiri.

Mulianya hati wanita ini!

[fbcomments]