Pengorbanan seorang ibu dan juga bapa ini amatlah bernilai kerana mereka adalah insan yang sentiasa memikirkan hal anak-anak dari menjaga diri mereka sendiri. Itulah yang berlaku terhadap seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai @dliesa.irdnaaa yang memuat naik beberapa kepingan gambar yang memaparkan kegigihan ibu bapanya menaiki motosikal berpuluh kilometer demi mencari adik perempuanya yang tidak pulang ke rumah hampir dua minggu.

Mak Ayah Naik Motor Cari Adik

Menurut kapsyen yang diterangkan dalam video dikongsikan olehnya itu, difahamkan adik perempuannya tidak dapat dikesan sejak 13 hari yang lalu dan sejak dari hari itu ibu bapa mereka tidak pernah berputus asa untuk mencari anak gadisnya yang berusia 15 tahun dengan menaiki motosikal ke serata tempat.

“Jangan ajarkan ibu ayahku erti kesabaran, mereka sanggup berulang alik dari Kluang Ke Simpang Ringgam turun ke Kelapa Sawit-Kulai semata-mata untuk mencari adik aku yang dah 13 hari tak balik rumah”, katanya.

Dah 3 Kali Buat Report Polis

Melihat dengan lebih lanjut di hantaran video tersebut lagi, @dliesa.irdnaa memaklumkan bahawa beliau sekeluarga telah membuat tiga laporan polis, namun sehingga sekarang belum ada sebarang petunjuk menyatakan dimana lokasi adiknya berada.

Beliau turut menambah setiap kali mereka menerima khabar tentang keberadaan adiknya itu, ibu dan ayah akan segera menaiki motosikal bergegas ke lokasi yang dinyatakan tanpa berfikir panjang.

“Balik La Lily…”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turun sebak dengan pengorbanan kedua ibu bapa ini yang sanggup mencari anak mereka walaupun sejauh mana ia berada. “Balik la Lily…” antara doa yang diucapkan oleh netizen yang meninggalkan komen dengan mengharapkan agar adik yang hilang ini segera pulang ke pangkuan keluarga.

Kredit: TikTok dliesa.irdnaa

[fbcomments]