Anak kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy, iaitu Eyman, meraih perhatian ramai selepas berkongsi luahan kerinduan terhadap bapanya menerusi satu hantaran di TikTok.
![]()
Anak Pelakon Along Eyzendy Luah Rindu Selepas Arwah Bapa Dikebumikan
Eyman mendedahkan arwah bapanya sebenarnya telah lama menerima rawatan di hospital dan ditahan di wad, namun keadaan kesihatan tersebut tidak pernah didedahkan kepada umum, selain dia sempat meluangkan masa menziarahi bapanya sebelum kembali ke asrama.
“Ayah saya memang dah lama kena tahan di wad, tapi tidak beritahu kepada sesiapa. Sebelum saya pulang ke asrama, sempat juga pergi melawat ayah,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Eyman turut memberitahu arwah bapanya pernah berjanji untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama-sama, namun janji itu tidak kesampaian selepas Allah lebih menyayangi Allahyarham.
![]()
“Ayah pernah berjanji untuk ambil keputusan SPM bersama. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Rindu ayah,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan Along berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang selepas mengalami demam serta batuk berpanjangan, dengan doktor mengesyaki jangkitan pada stent saluran hempedu, sebelum jenazahnya selamat dikebumikan pada Ahad lalu.
Kredit: TikTok maybe_dy09