fbpx

Penemuan kanak-kanak autisme yang hilang sejak kelmarin iaitu Zayn Rayyan Abdul Matiin telah meruntun hati orang ramai apabila mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi di tepi sebuah sungai yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari kediaman rumahnya.

@hmetromy

Laungan ‘Allahuakbar’ dan tangisan hiba memecah kesunyian malam di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai susulan penemuan kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali. BeritaDiTikTok

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Bapa Zayn Rayyan Pengsan Beberapa Kali Setelah Mendapat Khabar Tentang Kematian Anaknya

Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan khabar duka penemuan mayat Zayn Rayyan yang berusia enam tahun itu telah menyebabkan bapanya iaitu Zaim Ikhwan, 28, pengsan beberapa kali sebelum beliau dan isterinya ditenangkan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga yang berada di lokasi kejadian.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di sebatang anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya yang terletak di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Laungan Allahuakbar Turut Bergema

Menerusi video yang dikongsikan di atas, kawasan parkir Apartmen Idaman dipenuhi kira-kira 100 orang yang turut bersedih dengan pemergian anak syurga itu. Malah, suara tangisan serta laungan Allahuakbar turut bergema yang menzahirkan emosi keluarga serta jiran tetangga yang masih terkejut dengan kematian Zayn Rayyan.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kredit: TikTok HarianMetro

 

[fbcomments]