fbpx

Kasih si anak, walaupun usia baru 9 tahun namun kanak-kanak lelaki ini cuba mempertahankan maruah ibunya yang ingin diperkosa oleh lelaki lain. Kejadian berlaku di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia.

Kanak-kanak 9 tahun mati ditetak

Rangga yang berusia 9 tahun itu ditetak sehingga mati apabila cuba melawan seorang suspek mahu memperkosa ibunya yang berusia 28 tahun.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Rangga dan ibunya sedang tidur di rumah, sementara bapanya pula keluar mencari ikan.

Suspek yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu mangsa sebelum memberitahu hasratnya mahu melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, ibu mangsa melawan dan kekecohan yang berlaku mengejutkan Rangga, yang terus bangun dan cuba menyelamatkan ibunya tetapi ditetak berkali-kali oleh suspek menggunakan sabit sehingga mati.

Manakala ibu mangsa cedera dilibas dengan parang di lengannya.

Dibawa ke dalam ladang kelapa sawit

Suspek kemudian menyimpan mayat Rangga dalam guni dan membawanya ke sebuah ladang kelapa sawit bersama ibu mangsa.

Setibanya di lokasi, suspek mengikat dan merogol mangsa berulang kali, sebelum melarikan diri dengan membawa mayat kanak-kanak lelaki itu.

Mayat Rangga dibawa ke hospital dan pemeriksaan awal mendapati ada kesan tetakan di bahagian leher, dagu, dan jari kelingking tangan kiri juga tiada, dipercayai dipotong oleh suspek.

[fbcomments]