Penyanyi Malaysia iaitu Hafiz Suip baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila beliau tampil berbeza dengan mewarnakan rambut berwarna hijau untuk melakukan kelainan gaya yang ingin ditonjolkan.

Warnah Rambut Untuk Raih Perhatian

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip mendedahkan bahawa beliau tampil dengan penampilan tersebut atas tujuan untuk meraih perhatian. Disebabkan perubahan yang dibuat tidak mendapat sambutan yang baik, Hafiz memohon maaf atas tindakannya yang dilihat kurang senang oleh sesetengah pihak.

“Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya. Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu”, katanya.

Terus Beristighfar Bila Anak Mahu Ikut Imej Rambut Hijau

Walaubagaimanapun, rambut hijau yang diperangkan Hafiz hanya bertahan selama lima hari sahaja sebelum ‘dikorbankan’ setelah Hafiz memutuskan untuk membotakkan kepala. Beliau membuat keputusan tersebut selepas tindakannya mewarnakan rambut telah memberi pengaruh yang kurang baik terhadap anak sulungnya iaitu Riyadh Zafri.

“Saya lihat tindakan itu mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah’. Beristighfar saya masa itu. Saya faham perkara ini salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi, maafkan saya”, ujar Hafiz.

Sementara itu, Hafiz turut berkongsi bahawa gaya rambut berwarna hijau tersebut adalah inspirasi daripada watak Roronoa Zoro di dalam siri drama One Piece.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]