fbpx

Seorang penyelidik Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan jurutera dan saintis daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biologi di University of Sheffield, United Kingdom (UK) yang telah menghasilkan komponen virus SARS-Cov-2 untuk ujian antibodi COVID-19.

Dr Yusuf Johari, 35, penyelidik bersekutu kanan dalam biopemprosesan dan molekul kompleks di universiti itu berkata, bahagian komponen iaitu glikoprotein ‘spike’ yang menonjol daripada permukaan virus digunakan untuk membuat kit ujian antibodi COVID-19.

Beliau berkata ujian antibodi berasaskan ‘spike’ ini adalah lebih teguh dan boleh dipercayai kerana ia akan membantu mendedahkan skala sebenar pandemik itu dalam populasi, ketetapan atau tahap imuniti dan sama ada vaksin digunakan berkesan.

Walaupun ‘spike’ sukar dihasilkan, dunia kini ada, berdasarkan hasil kerja di Sheffield, proses biopembuatan yang lebih baik untuk molekul kompleks ini yang akan memungkinkan ujian antibodi COVID-19 yang sangat tepat.

“Ia berpotensi digunakan untuk pesakit COVID-19 yang pulih untuk menentukan antibodi dalam rembesan darah atau mukosa mereka yang secara khusus menyasarkan virus itu.

Yusuf berkata penyelidikan ini adalah sebahagian daripada usaha global dalam memerangi COVID-19 secara berterusan.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga dan berasa rendah hati dapat menyumbang ke arah itu dan bekerja bersama-sama jurutera dan saintis biologi yang cemerlang.

“Nasihat saya kepada jurutera dan saintis generasi akan datang; pendidikan tinggi awal lebih kepada melatih cara anda berfikir dan bekerja, oleh itu belajar semua subjek kursus anda bersungguh-sungguh walaupun ia mungkin tidak berkaitan.

“Anda mungkin menyasarkan yang terbaik, tetapi lebih penting adalah fokus kepada usaha diperlukan untuk mencapainya,” katanya.

[fbcomments]