Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai keracunan makanan yang didapati dari sebuah sekolah di Gombak.

Mihun Yang Dibawa Pulang Tidak Ada Bau Aneh

Berdasarkan laporan Harian Metro, Bapa kepada Allahyarham Luth Izhar Kamal iaitu Kamal Baihan bagaimanapun mengesahkan bahawa bihun yang dimakan oleh anaknya itu tidak kelihatan mencurigakan serta tiada bau aneh.

Katanya, anaknya itu sentiasa memeriksa makanan yang dijamahnya termasuk bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang ketika hari kejadian.

“Saya ada mencium (bau) bihun yang dibawa pulang oleh isteri dan tiada apa-apa bau tidak elok pada makanan itu.

“Semasa makan, Luth ada minta tambah telur daripada kakaknya kerana kakaknya tidak makan telur yang ada bersama bihun tersebut,” jelasnya.

Lebih memilukan apabila bapa mangsa hanya dapat mengenangkan kenangan pada kelmarin menjadi memori indah terakhir buat dirinya.

“Jika ada pihak yang mahu menjalankan siasatan, ia terpulang kepada pihak terbabit.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah Luth kerana kematian tidak akan terlewat atau awal dari apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa,” ujarnya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]