Anak kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, iaitu Irdina Hakim, tampil mendedahkan dakwaan bahawa wang tunai berjumlah RM1.3 juta milik ibunya pernah dibawa keluar dari rumah keluarga menggunakan sebuah beg bagasi.

@dnarfaziani4

1.3juta .. Al-Fatihah Faziani Rohban. Semoga apa yg dnar kongsikan dalam live dnar jam 11 pagi esok untuk supporters arwah mami #dnarsskincare diberkati Allah SWT untuk prosess sterusnya Amiinn Yaa Rabb.

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Anak Pengasas Dnars Dedah RM1.3 Juta Dibawa Keluar Dalam Beg Bagasi Di Hadapan Ahli Keluarga

Menerusi perkongsian video di TikTok, Irdina meluahkan rasa syukur selepas penantian keluarganya selama bertahun-tahun untuk mendapatkan kembali hak mereka akhirnya berakhir.

“Walau masa berlalu, Tuhan tidak pernah tidur. Apa yang menjadi takdir kita tetap akan kembali, dan yang bukan milik kita, kita kena reda,” katanya.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku di hadapan ahli keluarga, di mana wang berkenaan dikeluarkan dalam sebuah bagasi sebelum dibawa keluar oleh individu terbabit.

“Itu jumlah yang dia sendiri nyatakan selepas dikira. Jika ada lebih, Wallahuallam… tanggunglah sendiri,” ujarnya sebagai menjawab pertanyaan netizen mengenai bagaimana beliau mengetahui nilai wang yang diambil.

Dalam hantaran sama, Irdina turut berpesan kepada orang ramai supaya menjaga amanah dan tidak mengambil hak orang lain.

“Kalau bukan harta kita, jangan ambil. Kalau bukan hak kita, jangan makan. Kalau berbuat begitu, akhirnya akan memakan diri,” tegasnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu memerintahkan suami Allahyarham Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, untuk memulangkan semula wang tersebut ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka arwah. Akaun itu turut dimiliki anak sulung Allahyarham, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Wang tersebut perlu dimasukkan semula dalam tempoh 30 hari. Difahamkan, Ahmad Shah Rizal pernah memfailkan tuntutan harta sepencarian, termasuk wang tunai yang sebelum ini berada dalam peti besi di rumah keluarga.

Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand. Beliau maut di lokasi akibat kecederaan parah, manakala suaminya cedera.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak tahfiz sempena bulan Ramadan.

Kredit: TikTok dnarfaziani4

 

[fbcomments]