Tahun 2023 ini bagaikan dunia yang penuh sensasi kerana setiap bulan pasti akan dihidangi dengan berita tentang “penyondol” atau pemusnah rumah tangga orang. Inilah kisah yang terjadi terhadap anak selebriti popular, Abby Abadi yang dituduh dan didakwa menjadi pemusnah rumah tangga orang sehingga menyebabkan pasangan yang terlibat mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

“Check-in” Dengan Suami Orang
Berdasarkan bebenang yang dibuat oleh @umisyamazlan di laman Twitter, wanita tersebut mendakwa anak kepada Abby Abadi iaitu Marissa Dania Norman Hakim telah menjalinkan hubungan terlarang bersama suaminya yang bernama Ahmad Aslam.
Apabila meneliti bebenang yang dibuat Misya, difahamkan beliau dan suami sudah berkahwin selama 3 tahun dan dikurniakan 2 orang anak yang masih kecil. Misya meluahkan rasa kecewa dan geram kerana kehadiran Marissa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya adalah penyebab segalanya berakhir. Walaupun sudah diberi peluang berulang kali untuk Marissa berubah, namun ia disia-siakan. Menurut pendedahan yang dibuat, Misya menyertakan bukti tempahan hotel yang dibuat oleh Marissa dan suami kepada Misya pada Jun 2023.

Marissa Sudah Hilang Dari Radar
Hingga ke saat ini, pihak dari Marissa masih belum mengeluarkan sebarang penafian atau kenyataan susulan gossip yang dikenakan. Malah, Marissa terlihat hilang dari radar iaitu dengan menutup akaun Instagram nya kerana takut dikerumuni netizen yang akan melemparkan kata-kata tidak baik terhadapnya.

Takpe Sila Komen Dulu, Cari Pahala – Abby Abadi
Selepas isu ini mendapat perhatian ramai, ibu kepada Marissa iaitu Abby Abadi terpaksa tampil di Instagram story untuk melindungi anak perempuannya itu. “Tentang isu yang viral ni.. takpe sila komen-komen dulu.. cari pahala ya. Nanti saya jawab. Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang ni”, tulisnya di Instagram story nya beserta gambar bersama Marissa.
Segala infomasi tambahan berkenaan isu ini akan dibuat jika pihak Marissa sudah sedia memberi kenyataan.
Kredit: Twitter umisyamazlan, Instagram mamayebbyyabadi