Istiadat perkahwinan diraja antara Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan, berlangsung penuh adat dan tradisi pada majlis berinai yang diadakan malam semalam.

Pasangan yang disatukan dalam majlis akad nikah di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang, pada Khamis lalu ini sekali lagi mencuri tumpuan masyarakat, terutama warganet yang kagum dengan keperibadian dan sikap bersahaja pasangan diraja tersebut.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSjL5Q6LY/

“Anak Raja Pun Makanan Sendiri”

Melalui satu perkongsian video oleh pengguna TikTok @qramarif, momen ketika Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya mengambil makanan sendiri bersama para tetamu mendapat pujian ramai.

Sikap rendah hati pasangan diraja yang tidak bergantung kepada pembantu majlis untuk melayan diri mereka menjadi contoh kepada masyarakat, mengingatkan tentang pentingnya adat dan adab dalam setiap majlis.

Komen-komen warganet yang melihat video tersebut memuji tindakan pasangan diraja ini, malah ramai turut berkongsi kenangan masing-masing semasa bergelar “raja sehari,” mengimbau kembali nilai-nilai yang sama dalam majlis perkahwinan mereka sendiri.

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar, pewaris kedua takhta Pahang, disahkan sebagai suami kepada Tengku Natasya dalam sebuah istiadat akad nikah yang penuh bermakna. Majlis tersebut disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menjadi wali dan menunaikan akad nikah di Balai Mahkota, dengan mas kahwin berupa senaskhah al-Quran.

Pada hari pernikahan, pasangan pengantin tampil anggun dalam busana berwarna biru laut, melambangkan keserasian dan keanggunan kedua-duanya. Majlis akad nikah pada Khamis disusuli dengan Istiadat Berinai, yang menyaksikan pasangan diraja ini diraikan dalam suasana penuh adat istiadat Melayu, menjadikan majlis perkahwinan mereka satu kenangan indah yang tidak hanya diingati keluarga dan tetamu, tetapi juga menjadi perhatian masyarakat luas.

Kredit: TikTok qramarif

 

 

[fbcomments]