Industri seni digemparkan dengan pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim pada pagi Khamis. Pemergian pelakon berbakat itu dipercayai berpunca akibat serangan jantung.

Menurut anak kepada Allahyarham iaitu Muhammad Dhanial, rutin harian bapanya semalam tidak seperti biasa apabila pelakon itu tidak bangun awal seperti kebiasaannya.

Pemuda berusia 29 tahun yang telah menjaga ayahnya sedari 3 tahun lepas itu berkata, kebiasaannya, Allahyarham akan bangun awal. Namun semalam keadaan berbeza apabila ayahnya tidak bangun apabila dikejutkan pada pukul 7 dan 8 pagi. Pelakon itu hanya bangun pada jam 11 pagi.

Allahyarham juga difahmkan sempat bersarapan dua ke tiga suap sebelum tiba-tiba rebah.

Perubahan sikap yang ketara

Dhanial juga berkata kebelakangan ini, ayahnya berubah sikap seperti tidak meminta pertolongan mereka untuk melakukan sesuatu.

“Sejak akhir-akhir ini, arwah tidak seperi kebiasaan. sebelum ini jika dia mahu lakukan sesuatu, dia akan minta tolong termasuk untuk berdiri.

“Tapi sejak beberapa minggu terakhir ini, semua perkara dia mahu buat sendiri. Saya yang menjaga ayah sejak dia disahkan ada penyakit jantung sekitar tiga tahun lalu,” jelasnya.

Anak kedua dari lima adik beradik itu juga ada menceritakan pesan bapanya kepada mereka untuk menjaga kesihatan.

“Ayah pernah pesan jangan makan perut banyak sangat sebab keluarga ada sejarah sakit jantung. Itu sahaja pesanannya.”

Allahyarham yang terkenal dengan watak King menerusi filem KL Gangster itu berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 namun disahkan bercerai pada 2022. Mereka dikuriakan lima orang cahaya mata bersama.

Sumber: Kosmo

[fbcomments]