fbpx

Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat cuba mengawal perasaan sebak apabila menerima berita bapanya telah meninggal dunia beberapa minit sebelum dia naik ke atas pentas di majlis graduasinya.

@_nur.d

Semoga awak membesar jadi anak yang soleh 🤲🏻🌹 #anakpasticemerlanggemilang #pasti #alfatihah

♬ suara asli – Sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Anak Tahan Sebak Di Majlis Graduasi Bila Dapat Berita Bapa Sudah Tiada

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @_nur.d di laman TikTok, ia memaparkan jelas kelihatan wajah muram sugul murid berkenaan yang sedang menahan sebak sebaik dia dimaklumkan bapanya sudah tiada. Kongsi gurunya, beliau tidak mahu anak muridnya itu menanggung kesedihan dan menangis kerana ibu bapanya tidak dapat menemani pada hari tersebut.

Disebabkan oleh itu, mereka mempercepatkan nama anak muridnya itu untuk naik ke atas pentas bagi menerima sijil graduasi supaya dia dapat pulang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir buat bapa tercinta.

“Kuatnya anak murid cikgu. Beberapa minit sebelum majlis bermula, dapat berita ayah awak baru meninggal dunia. Cikgu-cikgu tak nak awak menangis. Tapi, cikgu cepatkan nama awak dulu supaya awak balik dulu. Cikgu-cikgu memang tak boleh tahan air mata tengok awak,”tulis guru tersebut.

Bapa Kanak-Kanak Tersebut Diserang Penyakit Strok

Menerusi laporan Mstar pula, difahamkan bapa kepada kanak-kanak tersebut dimasukkan ke dalam hospital sehari sebelum majlis graduasi anaknya selepas diserang penyakit angin ahmar atau strok secara tiba-tiba. Gurunya yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya, beliau memberitahu bapa kepada anak muridnya yang bernama Muhammad Afnan Hafiz Sanusi meninggal dunia beberapa minit sebelum majlis bermula.

Katanya, Majlis Anugerah Prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berlangsung di Kawasan Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu lalu.

“Bapa Afnan dimasukkan ke dalam hospital Jumaat lepas selepas diserang strok secara tiba-tiba. Dia dah sedih sebab bapanya tak dapat hadir pada majlis graduasi yang berlangsung pada keesokan harinya (Sabtu). Ibu Afnan yang juga cikgu PASTI pun tak dapat hadir sebab menjaga ayahya di hospital. Jadi, Afnan ditemani seorang guru lain di majlis itu,”jelasnya.

Bapa Afnan disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 pagi dan guru-guru lain bertindak untuk mempercepatkan majlis agar Afnan dapat pulang ke rumah dengan segera untuk bertemu keluarganya.

Pada akhir penjelasan Cikgu Yaya, Afnan mengetahui tentang berita kematian bapanya selepas dia mengambil sijil graduasi kerana tidak mahu emosinya terganggu.

“Afnan terdiam selepas diberitahu berita kematian bapanya. Hanya wajahnya sahaja dapat menggambarkan apa yang dirasai. Tidak lama kemudian, dia dijemput ahli keluarga,”kata Cikgu Yaya.

Berkongsi lanjut, Cikgu Yaya berkata, Afnan merupakan pelajar PASTI Al Ihsaniah dan pernah merangkul Tokoh Murid Pasti Kawasan Pasir Mas pada tahun lalu.

Kredit: TikTok _nur.d, Mstar

[fbcomments]