Sudah menjadi kebiasaan and kewajipan ibu bapa untuk memberi anak-anak mereka duit belanja ke sekolah untuk membeli makanan ketika rehat ataupun sebarang keperluan. Namun, baru-baru ini sebuah keluarga terpaksa merelakan anak-anaknya untuk ponteng ke sekolah.

Berdasarkan sumber Sinar Harian, hampir sebulan dua beradik di Kampung Berhala Lima, Limbat terpaksa ponteng sekolah akibat tidak mempunyai wang saku untuk berbelanja.

Ibu Bapa Tiada Kerja Tetap

Menurut media Sinar Harian, kedua-dua pasangan suami isteri itu tidak mempunyai kerja yang tetap dimana sang suami iaitu Aziz Mohd Nor hanya mengambil upah mengecat rumah sekitar RM50 sehari, manakala sang isteri pula iaitu Azleen Ahmad Azmi menjadi tukang cuci dengan pendapatan RM60 sehari.

Anak mereka iaitu Nurul Adawiyah Wahyu,12, dan kakaknya Nur Batrisha Hidayah,16, yang terpaksa ponteng ke sekolah disebabkan ketiadaan wang belanja. Menurut si ibu, Batrisha sepatutnya pulang ke asrama sekolah yang berada di Bukit Marak, Bachok sejauh 10 kilometer dari rumah mereka.

Namun anaknya itu tidak mampu untuk berbuat demikian kerana tidak mempunyai keperluan wang yang secukupnya semasa berada di asrama.

Dapat Bantuan Tapi Harus Bayar Keperluan Lain

Menurut Azleen, enam daripada tujuh anaknya itu mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM750 sebulan. Namun jumlah keseluruhan tersebut masih tidak mencukupi disebabkan 3 anak mereka masih lagi kecil yang masih berusia tiga dan empat tahun, serta seorang bayi perempuan berusia enam bulan.

“Kos susu sebulan hampir RM800 dan lampin pula RM150, makan minum ala kadar sahaja. Kadang-kala, kami makan mi segera atau nasi dengan telur goreng. Ada juga hari yang kami makan lauk semalaman seperti gulai ayam dalam ketulan kecil dibahagikan beramai-ramai,” jelasnya.

Duduk Rumah Terbengkalai

“Rumah yang kami duduki ini ialah rumah kosong di taman perumahan terbengkalai.

“Pemilik membenarkan kami tinggal di sini sejak tiga tahun lalu, namun sekarang sudah dijual kepada orang lain dan selepas ini kami akan pindah ke rumah kosong terbengkalai yang lain di hadapan rumah ini,” ujarnya lagi.

Beliau memaklumkan bahawa wang dan makanan menjadi keutamaan yang amat diperlukan oleh keluarganya daripada keperluan tempat tinggal mereka sembilan beranak.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]