Seorang lelaki terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila anak lelakinya tersangkut pada lif dan tidak sempat untuk menyelamatkannya dalam kejadian di sebuah bangunan di Pakistan.

Lif Ternaik Secara Tiba-Tiba Selepas Mangsa Masuk Ke Dalam
Berdasarkan sumber yang dipetik dari Majoriti Official, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sedang menunggu lif bersama seorang lelaki yang dipercayai bapanya.
Namun selang beberapa minit kemudian, mangsa dilihat masuk ke dalam lif terlebih dahulu sebelum lif terbabit bergerak ke atas secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa tersangkut dan bapanya cemas untuk menyelamatkannya.

Mangsa Tidak Dapat Diselamatkan Dan Meninggal Dunia
Dalam pada itu, bapa mangsa yang kelihatan cemas dengan situasi tersebut cuba untuk menarik anaknya, namun gagal sebelum beliau terjatuh ke bawah. Bapa mangsa sempat menyelamatkan diri dan keluar daripada pintu lif untuk meminta bantuan orang awam.
Difahamkan mangsa mengalami kecederaan akibat hentakan kuat ketika lif bergerak ke atas secara tiba-tiba dan mangsa tidak dapat diselamatkan kerana cedera parah di bahagian kepala serta patah tulang badan.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari pihak berkuasa berhubung kejadian.
Kredit: Majoriti Official
 
  
  
  
 