fbpx

Baru-baru ini pasangan veteran iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu dengan penuh meriah. Pasangan sejoli ini yang juga merupakan dua pelakon terkenal dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada zaman 1995 telah dinikahkan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.

Angeline Tan Mendalami Agama Islam Dulu Sebelum Memeluk Islam

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini Angeline menceritakan bahawa suaminya iaitu Sabri Yunus adalah individu yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan membuatkan Angeline terbuka hati untuk mendalami dan mendekati agama Islam. Walaupun beliau hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang agama Islam, namun suaminya banyak mengajar tentang Islam setiap kali beliau menghadapi sebarang kemusykilan.

“Sebenarnya saya faham serba sedikit tentang agama Islam sebab saya banyak berlakon dan berkawan dengan orang Melayu. Saya terbuka hati memeluk Islam juga kerana Sabri banyak mengajar saya mengenali agama ini. Apabila berkawan dengannya, banyak dia ajar, cerita dan bimbing. Saya kagum tengok cara dia mengajar, dia guru pertama saya”, jelasnya.

Sabri Seorang Lelaki Yang Ikhlas

Angeline turut mendedahkan bahawa Sabri bukan sahaja penyayang dan prihatin, bahkan beliau adalah seorang lelaki yang ikhlas sejak mengenalinya hampir 30 tahun lalu.

“Sebenarnya kita tak rancang (bercinta), tetapi persahabatan yang terjalin sejak dahulu bertukar menjadi sayang.. Perasaan itu datang secara semula jadi. Jika dia ada di sisi saya, daripada ada perasaan marah terus bertukar tenang sebab adanya dia”, katanya lagi.

Difahamkan, Angeline telah mengucap dua kalimah syahadah pada 26 September lepas di Kelantan. Tahniah buat pasangan ini seklai lagi.

Kredit: Mstar

[fbcomments]