Menurut Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kerajaan kini sedang meninjau harga indikatif pemerolehan bagi vaksin Covid-19.
Anggaran antara RM21 hingga RM83 seorang.
Memetik laporan Astro Awani, beberapa vaksin telah ditawarkan kepada Malaysia ketika ini dengan harga berbeza dan kerajaan perlu mengkaji setiap vaskin terlebih dahulu.
Setiap vaksin tersebut dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang.
Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.
Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya.
Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.
Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksin itu.