fbpx

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tercedera selepas dilanggar dan dirempuh oleh seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri sewaktu sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.

Rempuh JPJ Sebab Tiada Lesen Dan Insuran

Menurut sumber yang dipetik dari Mstar, penunggang motosikal terbabit dilihat untuk melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa atas sebab ketiadaan lesen memandu serta tiada insurans kenderaan. Berdasarkan video tular yang dimuat naik di laman sosial, ia memaparkan seorang anggota JPJ terpelanting dan terhantuk di atas jalan akibat rempuhan dari penunggang motosikal terbabit.

“Kejadian berlaku apabila seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR bertindak melanggar sekatan dan merempuh anggota yang bertugas di lokasi itu pada pukul 11 pagi. Hasil siasatan JPJ Negeri Sembilan, penunggang motosikal itu mempunyai dua senarai hitam masih aktif dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987”, jelas pihak berkuasa.

Mempunyai 8 Rekod Kes Jenayah Dan Dadah

Berdasarkan sumber dari Bernama pula, hasil semakan rekod mendapati penunggang motosikal tersebut mempunyai lapan rekod kes jenayah dan dadah. Pihak polis akan mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Port Dickson bagi menjalani siasatan lanjut secepat yang mungkin.

Kini, penunggang motosikal berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas sebab menggunakan kekerasan untuk menakutkan penjawat awam.

Kredit: Mstar, Bernama

[fbcomments]