Seorang anggota polis yang parah selepas tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 8 April lalu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami, dengan siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada tekanan peribadi dan masalah kewangan.
![]()
Anggota Polis Maut Akibat Tertembak Diri Sendiri, Masalah Peribadi & Kewangan Jadi Punca
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata hasil siasatan melibatkan keterangan sembilan individu termasuk bekas isteri mendiang, rakan setugas, pegawai perubatan serta anggota yang bertugas semasa kejadian mendapati mangsa dipercayai berdepan tekanan hidup.
“Siasatan yang dijalankan setakat ini menunjukkan insiden berlaku akibat masalah peribadi dan kewangan yang membebani mendiang,” katanya.
![]()
Mangsa dikenali sebagai Koperal Francis Aruputham, bertugas di Kem Komandan, Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang. Beliau dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas insiden tersebut dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Am (GICU), Hospital Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Francis disahkan meninggal dunia pada 10 April lalu selepas beberapa hari dirawat.
Kredit: Majoriti Official