Mayat seorang individu yang dilaporkan hilang telah ditemui di kawasan semak berhampiran ladang di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan, Sabah, pada Khamis lalu.
Turut dijumpai di tempat kejadian ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar.
Anak Tauke Restoran Dibunuh Angkara Dendam
Mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35 tahun, anak kepada seorang pemilik restoran. Pihak polis percaya mangsa dibunuh kerana dendam, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian. Polis kini telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini.
Seorang wanita telah ditahan bagi membantu siasatan dan daripada maklumatnya, beberapa suspek berjaya dikenal pasti. Polis sedang mengesan tiga lelaki untuk membantu siasatan, termasuk dua warga tempatan, Mohamad Zulfaizzie Mohd Firdaus dan seorang lagi yang dikenali sebagai Komeng.
Suspek utama adalah seorang warga Indonesia, Mohd Jasmin Ruslan atau lebih dikenali sebagai Ahcok. Ketiga-tiga mereka berusia awal 20-an. Wanita yang ditahan adalah bekas isteri kepada salah seorang suspek yang kini diburu polis.
Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan iaitu Superintendan K Ramasamy, beliau memaklumkan bahawa mangsa dipercayai telah berkenalan dengan seorang wanita yang merupakan adik kepada Ahcok. Polis percaya perselisihan faham dan dendam menjadi motif utama pembunuhan ini.
Walaupun kenderaan pacuan empat roda itu terbakar, namun tiada kesan terbakar ditemui pada tubuh mangsa ketika pemeriksaan awal. Dan senjata yang digunakan untuk membunuh masih belum ditemui setakat ini.
Kredit: Berita Harian