fbpx

Apabila umur sudah menginjak naik, semestinya setiap golongan warga emas amat memerlukan anak-anak mereka untuk membantu dalam setiap perkara, tidak kiralah ianya benda kecil mahupun besar. Namun baru-baru ini tularnya satu kisah yang memaparkan seorang lelaki warga emas dilihat mengesat air matanya telah meruntun hati netizen.

Lama Termenung Sebelah Motosikal

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh @Ezat Kamisan di laman TikTok, difahamkan warga emas ini dijumpai di sebuah stesen minyak yang terletak di Alor Gajah, Melaka yang datang dari Air Keroh dengan menunggang motosikal dan ingin segera pulang ke rumahnya. Melihat keadaan pakcik tersebut dalam keadaan sedih, Ezat mula menegur lelaki terbabit selepas melihatnya duduk termenung lama berhampiran motosikal.

“Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur tadi, jumpa pakcik ni di Petron Simpang Ampat.. duduk termenung sambil senyum dengan semua orang. Aku dah siap beli air, buang air.. pakcik ni masih ada. Aku pun tegur tanya pakcik dari mana. Dia cakap dari Air Keroh, Melaka ‘jauh perjalanan pakcik datang ke sini nak’ sambil tersenyum”, katanya.

Anak Minta Datang Berjumpa Tapi Mereka Tiada Di Rumah Pun

Menurut Ezat lagi, pakcik tersebut dikatakan cuba untuk berjumpa dengan anaknya berhampiran kawasan Simpang Ampat, Alor Gajah dan beliau berada di situ selepas dihubungi oleh anaknya yang meminta untuk datang berjumpa.

“Anak dia call minta datang, tapi anaknya tak ada pun di rumah. Paling sedih dia cakap, anak pakcik ada enam orang semuanya. Semua kerja kerajaan, tapi kenapa mereka mainkan pakcik. Pakcik dah umur 70 tahun, apa pakcik boleh buat. Lama aku sembang dengan pakcik ni, dia cakap minyak motor kurang.. makan pun belum”, jelas Ezat sambil menghulurkan sedikit wang belanja kepada pakcik tersebut namun ditolak.

Walaupun bantuannya ditolak, namun Ezat cuba sehabis baik untuk memujuknya untuk mengambil duit yang ditawarkan buat isi minyak motosikal dan buat belanja makan. “Aku juga seorang bapa, aku tahu betapa tergurisnya hati dia.. semoga pakcik terus sihat ya”, luahnya lagi.

Reaksi Netizen

Menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh netizen dan kebanyakan dari mereka bersimpati dengan nasib warga emas tersebut.

Kredit: TikTok ezatkamisan, Mstar

[fbcomments]